|
|
| Saturday, 17-Mar-2007 12:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Bahan-bahan ( 1 piring )
2 keping kulit puff pastry
1 biji pisang ( boleh diganti dgn buah buahan lain)
1 biji peach tin
Sedikit gula
1 biji telur (dipukul sedikit)
Cara-cara Potong kulit pastry kepada bentuk kecil lebih kurang 1 1/2 inci x 1 1/2 inci, kemudian letak sehiris pisang di dalamnya dan taburan sedikit gula dan tutup kulit pastry di atasnya.
Sapukan telur di atasnya kemudian ulangi utk buah peach sehingga kulit pastry habis. Selepas itu boleh di bakar dgn suhu 180 c selama 15 minit.
** untuk pisang u all boleh letakkan milo di dalamnya...(untuk pelbagaikan rasa) dan kulit pastry td boleh buat mcm2 btk spt dlm gambar- tentu kanak kanak suka
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Mar-2007 04:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SOYA BEAN ASLI
|
|
Bahan-bahan ( 5-6 gelas );
250gm Soya bean
1 cawan susu tepung
4 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat
Daun pandan
Cara-cara ;
Rendam kacang soya bean lebih kurang 4-5 jam.
Toskan soya bean, kemudian rebus sehingga 20-30 minit.
Toskan lagi. Masukan soya bean dan 2 cawan air ke dalam blender yang ada pengisar sekali penapis utk soya bean. Blend hingga soga bean habis..
Air hendaklah letak sedikit demi sedikit dalam blender agar dpt pati yang asli.
Selepas itu masukkan pati soya ke dalam peruk masak dgn gula + susu tepung yang dicairkan terlebih dahulu dgn sedikit air,daun pandan serta susu pekat. Lebih kurang 10-15 minit angkat...
Boleh di minum secara panas dan sejuk.. rasakan keaslian air pati soya bean.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Mar-2007 04:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CHEESECAKE 1
|
|
Bahan-bahan;
250g cream cheese (i guna riccota cream cheese)
200g sour cream/plain yogurt
30g butter
*40g gula halus
*20g susu pekat manis
*20g madu
2 biji telur kuning
1 biji telur
100ml fresh cream
50ml fresh milk
25g corn starch
1/2 biji lemon jus
1/2 biji kulit lemon
10 titik vanila oil
Strawberry syrup (topping di atas cheesecake)
Cara-cara ;
Panaskan oven pada suhu 180C. Cream cheese, butter dan telur mesti berada pada suhu bilik.
Letak cookies padat-padat ke dalam loyang. Resepi untuk cookies ini boleh rujuk di sini
Letak cream cheese dan butter ke dalam mangkuk.
Pukul sehingga jadi bentuk cream. Masukkan bahan yang bertanda (*).
Pukul lagi 1-2 minit. Masukkan sour cream. Mix sampai sebati.
Masukkan pula (ikut turutan), telur kuning-> telur semua -> corn starch -> fresh cream -> fresh milk -> lemon -> vanila. Kacau biar sebati.
Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang mengandungi cookies.
Buang kulit lemon yang terlekat pada penapis.
Bakar kek pada suhu 180C selama 10 minit.
Biarkan sejuk di dalam loyang.
Tak perlu test dgn lidi sebab cheesecake memang lembik..
akan keras sendiri bila dah sejuk.
Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang.
Kemudian simpan dalam peti ais.
Biarkan sehari sebelum dimakan untuk menikmati keenakkan cheesecake ini.
Strawberry syrup sebagai topping di atas cheesecake
*Bahan dibah suai sedikit.
*p/s;sumber myresepi.com dr Yani
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Mar-2007 04:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
POTATO MAYONIS SNACK
|
|
Bahan-bahan;
50g mashed potato
50g tepung
1/2sk baking powder
1sb butter
1sb mayonis
1/4sk garam
Cheese
Sedikit pesto
Cara-cara;
Gaul semua bahan-bahan di atas. Canai setebal lebih kurang 2mm
dan potong memanjang
Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15-20 minit.
**bahan bahan telah diubahsuai sedikit
*p/s;sumber myresepi.com dr Nadia
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Mar-2007 02:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
JUS BUAH-BUAHAN
|
|
Bahan-bahan ( 1 gelas );
2 potong tembikai merah
2 potong nenas
4 biji strawberry
Fruit yoghurt
Cara-cara ;
Blend buah tembikai mengunakan fruit prossesior
kemudian letakan di dalam gelas yang disukai,
ulangi blend utk buah-buahan yang lain.
Dibahagian bawah sekali untuk jus tembikai,
bahagian tengah jus nenas dan atas sekali jus strawberry.
Akhir sekali letakan sebiji strawberry dan sehiris nenas
di mulut gelas sebagai hiasan.
Untuk menyiapkan lagi letak sesudu fruit yoghurt yang disukai.
Siap untuk diminum.
**Buah-buahan tersebut hendaklah disejukkan terlebih dahulu
baru di blend baru sedap diminum.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 16-Mar-2007 15:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BENDI GORENG PEDAL
|
|
Bahan-bahan ( 1 pinggan );
10 biji bendi di potong serong
6 ketul pedal ayam (boleh di ganti dgn seafood , ayam dan daging)
5 biji cili api di potong halus ( boleh juga dikisar)
2 ulas bawang putih di mayang halus
1 biji bawang besardi mayang halus
Lada sulah
Garam dan ajinamoto
Cara-cara;
Pedal di potong kecil kecil kemudian campur sedikit garam dan kunyit.
Panaskan minyak kemudian goreng sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan bawang putih serta cili api.
Goreng hingga layu, kemudian masukkan bendi dan bawang.
Masukan lada sulah, garam dan ajinamoto.
Siap untuk di santap bersama.
*Bendi jangan digoreng lama kerana bendi akan layu dan keluarkan lendir nanti.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 14-Mar-2007 10:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DAGING MASAK HITAM (NASI KANDAR)
|
|
Bahan-bahan;
1 kg daging
30 biji cili kering
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu biji ketumbar di kisar halus
1 in halia
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 biji bawang besar
2 batang serai
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz)
1/4 cawan kicap manis
1/2 cawan minyak masak
3 biji tomato dihiris
asam jawa, garam
sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
daun pudina kalau suka
Cara-cara;
Daging potong 18
bawang kecil, bawang putih, halia, biji ketumbar di kisar
bawang besar dikisar berasingan
cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan
bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit
bawang besar untuk buat penumis
panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis,
serai ketuk dan daun pandan
masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari
kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina
bahan ini di ubah sedikit
p/s; sumber dr myresepi.com dr fatini_sfm
[/img]
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 14-Mar-2007 10:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TELUR REBUS GORENG MASALA
|
|
Bahan-bahan ( 2 orang );
2 biji telur yang telah direbus
1 1/2 sudu serbuk kari masala
(boleh juga guna rempah kari ayam kalu takde rempah masala)
3 biji bawang besar merah di mayang halus
1 Kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk cili
Sedikit garam n serbuk perisa
Cara-cara ;
Goreng telur rebus dengan sedikit minyak, setelah garing angkat.
Di kuali yang sama letak kulit kayu manis dan daun kari.
Letak serbuk rempah masalah, sedikit air dan sebuk kari,
masak sehingga naik minyak. Kemudian letak bawang dan
1/2 cawan air serta garam secukup rasa.
Masak sehingga bawang tu layu.
Siap utk disantap.
**Sesuai makan dengan nasi dan roti.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 13-Mar-2007 06:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
LOBSTER BAKAR CHEESE
|
|
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
2 ekor Lobster
1/2 biji lemon
cheese (apa2 cheese pun ok)
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
Butter
Cara-cara;
Bersihkan lobster. Lobster di gunting kulit tengah bagi nampak isi lobster.
Jangan sampai putus.
Parut kulit lemon dan sapu di bahagian lobster serta letakkan garam dan lada.
Kemudian sapu butter dan letak di isi lobster.
Potong kecil kecil lebihan lemon tadi dan letak di dalam bekas
membakar bersama lobster tadi, bakar dgn 225 darjah selama 10-15 minit.
Akhir letak cheese di atas lobster kemudian bakar 4 minit lagi.
Siap boleh di santap.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 13-Mar-2007 06:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HATI MASAK REMPAH
|
|
Bahan-bahan;
1/2 hati lembu di potong kecil (hati ayam pun boleh gunakan resepi ini)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan untuk di blender
1 sudu jintan manis dan jintan putih
Sedikit biji ketumbar
sedikit lada hitam
1/2 halia
2 ulas bawang merah
1 sudu besar rempah kurma
1 asam keping
1 kulit kayu manis
1 biji cili hijau
Sedikit garam/serbuk perisa
Cara-cara;
Potong hati lembu sebesar ibu cari dan rendam dalam air
bercampur tepung gandum selama 5-8 minit. Kemudian bersihkan.
Goreng daun kari, bawang putih dan merah hingga kekuningan
kemudian masukan kulit kayu manis dan bahan dikisar bersama rempah
kurma masak hingga naik minyak (garing). Kemudian tambah sedikit air
dan masukan hati lembu tadi masak sehingga 3minit. Letak asam keping,
cili hijau serta garam dan serbuk perasa.
Siap di santap.
P/S : Kalu nak tambah serbuk kari daging pun boleh (2 sudu kecil )
Peringatan :Hati lembu/ ayam jangan dimasak terlalu lama kerana hati lembu/ayam lembut akan jadi keras jika terlalu lama di masak.
|
|
|
|